Agama

Seperti yang kita ketahui, agama di Malaysia amat banyak. Namun majoriti daripada rakyat Malaysia beragama Islam. Islam diangkat sebagai agama rasmi negara, namun rakyat Malaysia bebas menganut agama yang mereka percayai. Agama lain yang terdapat di Malaysia selain Islam ialah Kristian, Buddha, hindu dan sebagainya. 

    Setiap agama mempunyai sambutan perayaannya. Contohnya Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Maulidur Rasul dan sebagainya. Kristian pula menyambut hari Krismas, Good Friday, Sambutan Tahun Baru dan sebagainya. Buddha pula menyambut Sambutan Tahun Baru Cina, Cap Goh Mei dan sebagainya manakala India pula menyambut Thaipusa, Deepavali dan sebagainya.

    Walaupun terdapat pelbagai agama, namun Malaysia masih aman kerana setiap agama mengajar penganutnya untuk berdamai dan berbuat baik sesama manusia.

Ulasan

Catatan Popular