Makanan Tradisional.

Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai kaum di Malaysia yang didominasi oleh tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India. Di sini, kita dapat ketahui bahawa semua bangsa mempunyai makanan tradisional mereka sendiri. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik kerana terdapat kepelbagaian dalam citarasa.

Makanan masyarakat Melayu yang paling saya gemar ialah Laksa. Dinegara kita laksa adalah makanan yang dibuat berasaskan ikan, tepung beras dan juga kuahnya. Apa pun setiap jenis laksa ini memiliki keunikan yang tersendiri. Saya gemar makan Laksa Kedah. Laksa ini dibuat daripada laksa yang basah dah ikan hancur yang segar. Uniknya, laksa ini pekat dan tidak cair seperti laksa Penang. Laksa ini rasanya sedap sehingga saya tidak dapat menceritakan kesedapannya. 

Makanan masyarakat Cina yang paling saya gemar ialah Nasi Ayam. Nasinya bewarna kuning, ayamnya dibakar dan dimakan bersama sos dan kicap dan sedikit sayur. 

Makanan Masyarakat India yang paling saya suka ialah murukku. Murukku antara makanan tradisional masyarakat India. Sebut sahaja namanya pasti ramai mengenalinya. Ia antara makanan ringan yang sangat digemari ramai.Selain nama marukku, ia turut dikenali dengan nama chakli dan chakri. Bahan utama untuk menghasilkan kuih ini adalah urad dhal, tepung kacang tosai dan tepung beras.Murukku biasanya berbentuk bulatan atau berbentuk halus. Ia dibuat menggunakan acuan khas dengan menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran. Kerangupan kuih ini diiringi dengan rempah ratus yang sedikit pedas membuatkan ia menjadi pilihan ramai menjelang hari – hari perayaan.

Ulasan

Catatan Popular