Pengalaman membaca buku kreatif
Terdapat banyak buku kreatif yang saya pernah baca. Penulis yang paling saya suka rangka penulisannya ialah Hilal Asyraf. Novelnya banyak membawa watak-watak fiksyen dimana mengisahkan tentang ukhuwah dan hubungan dengan Tuhan, Novel yang saya ingin ceritakan pada kali ini ialah novel Hero.
Novel ini mengisahkan tentang kehidupan seorang pemuda yang diberi nama Amir Faheem, dimana pemuda ini kehidupannya jauh dari kehidupan Islam. Satu hari, ibubapanya mati dalam sebuah tragedi. Tragedi tersebut merupakan tragedi yang dirancang oleh sebuah organisasi rahsia. Apabia dia mengetahui akan punca tragedi tersebut, dia memakai sut yang diberi nama Hyper Exosuit Reinforcement Operator(HERO) untuk menuntut bela atas kematian ibu dan bapanya. Namun selepas dua tahun, beliau masih gagal untuk melakukan demikian.
Lebih menyerabutkan, beliau diwasiatkan untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang diberi nama Afeefah Husna, seorang perempuan yang amat solehah dan baik budi pekertinya. Jika tidak melakukan demikian, maka harta bapanya akan diserahkan kepada anak-anak yatim. Beliau menjadi kusut kerana perlu menjaga perlakuannya dihadapan seorang anggota Jabatan Agama sedangkan dia hidup dalam keadaan tidak menunaikan solat, perokok tegar, Al-Quran juga jarang disentuh. Ditambah pula dengan masalah untuk menjaga identiti sebagai HERO.
Menambah konflik, muncul satu watak jahat yang sangat misteri, sangat menggerunkan, menganggu gugat operasi Amir Faheem sebagai HERO. Kerajaan Malaysia pula korup, menambahkan lagi kekusutan dalam kepalanya.
Ulasan
Catat Ulasan