Seni dan Budaya
Umum tahu bahawa Malaysia terkenal dengan khazanah seni, budaya dan warisan.
Secara globalnya, terdapat pelbagai kumpulan etnik bumiputera di Malaysia yang kaya dengan nilai-nilai murni, adat serta tradisi bagi mengekalkan adat turut temurun khas buat generasi akan datang. Seni tari merupakan sebahagian daripada budaya kita. Dalam masyarakat tradisional,tarian dipersembahkan semasa majlis keramaian. Budaya ini wujud sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun,terdapat tarian tradisional yang diubah suai mengikut perkembangan semasa.Tarian biasanya diiringi dengan muzik. Alat-alat muzik terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum.
Keunikan budaya Malaysia juga dapat diketahui melalui pelbagai bahasa dan dialek. Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi. Terdapat pelbagai bahasa di Negara kita seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Dialek pula wujud apabila sekelompok manusia mengubah suai bahasa mengikut budaya tempatan. Misalnya terdapat pelbagai dialek dalam Bahasa Melayu seperti dialek Kelantan, Kedah dan dialek Negeri Sembilan. Dialek yang ada dalam masyarakat Cina seperti Kantonis, Hokkien, Hakka, Teochew dan Foochow. Kaum India menggunakan bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu. Walaupun budaya masyarakat kita berbeza,namun kita masih boleh hidup dalam keadaan harmoni.Negara kita menjadi teladan kepada Negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk.
Ulasan
Catat Ulasan